Hubungan romantik palsu yang digunakan untuk memanipulasi anda memberikan wang.
Bagaimana Scam Percintaan Berlaku?
Beginilah caranya.
Contoh tajuk keratan akhbar yang berkisar tentang scam percintaan:
1
Mereka akan hubungi mangsa melalui aplikasi janji temu atau platform media sosial dan cuba menjalinkan hubungan romantik.
2
Mereka selalunya akan menggunakan nama fiksyen, atau menggunakan identiti individu sebenar yang mempunyai latar belakang pekerjaan yang bereputasi di luar negara untuk mengumpan mangsa.
3
Mereka akan melafazkan cinta mereka tanpa berjumpa dengan mangsa. Mereka juga sering menggunakan ayat-ayat manis dan memberikan hadiah untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.
4
Selepas mendapat kepercayaan mangsa, mereka akan memanipulasi mangsa untuk memberikan wang, hadiah, atau maklumat peribadi.
5
Scammer akan memberikan alasan seperti memerlukan bantuan untuk perniagaan mereka, menampung perbelanjaan perubatan, atau membayar tiket penerbangan mereka untuk melawat mangsa.