Panggilan daripada penyamar sebagai pihak berkuasa dan mengugut anda membuat pembayaran.
Bagaimana Scam Panggilan Telefon Berlaku?
Beginilah caranya.
Contoh panggilan scammer yang menyamar sebagai kakitangan syarikat penghantaran:
1
Anda akan menerima panggilan daripada orang yang mendakwa dirinya wakil pihak berkuasa, menggunakan nombor peribadi, atau dari negara yang tidak diketahui.
2
Mereka mungkin memberitahu bahawa anda mempunyai bungkusan yang tidak dituntut, sedang dalam siasatan, atau mempunyai bayaran tertunggak.
3
Mereka akan membuat ugutan palsu untuk menakutkan anda dengan perintah mahkamah atau mengatakan pihak berkuasa telah membekukan akaun anda.
4
Kemudian, mereka akan menghubungkan anda dengan agensi penguatkuasaan palsu yang akan mendesak anda untuk berkongsi kod keselamatan bank atau menghantar wang ke akaun pihak ketiga.
5
Mereka mungkin juga akan menipu anda supaya meluluskan transaksi perbankan mudah alih yang anda tidak lakukan.