Meminta anda klik pada pautan yang mencurigakan daripada nombor atau alamat e-mel palsu yang tidak dikenali tetapi sebenarnya ingin mencuri maklumat peribadi anda.
Bagaimana Scam Pancingan Data Berlaku?
Beginilah caranya.
Contoh scammer menghantar e-mel di mana scammer menyamar sebagai pihak penguatkuasaan undang-undang:
1
Anda akan menerima SMS/mesej/e-mel yang menyerupai organisasi-organisasi yang sah - seperti bank, pihak polis, pembekal utiliti ataupun syarikat.
2
Mengandungi hiperpautan (hyperlink) yang boleh diklik dan akan membawa anda ke suatu halaman untuk memasukkan butiran perbankan anda ataupun maklumat peribadi anda.
3
Sebaik sahaja anda memasukkan maklumat anda, scammer akan berpeluang untuk mencuri duit anda.
Cara Pertahankan Diri
Berikut adalah langkah-langkah untuk kekal selamat.
Berhati-hati dengan hiperpautan (hyperlink) boleh klik daripada SMS/mesej/e-mel yang tidak dijangkakan.
Sentiasa log masuk ke akaun perbankan anda menggunakan laman web rasmi bank anda.
Berikan sepenuh perhatian kepada pautan laman web sebelum meneruskan aktiviti perbankan anda.
Pastikan gambar dan frasa keselamatan anda betul sebelum memasukkan kata laluan anda.